Sistem Automasi Pengemaskinian Portal EMIS (Peralatan & Infrastruktur)
Pensel EMIS direka khas untuk memudahkan para guru data menjalankan proses simpanan data infrastruktur dan peralatan sekolah dengan pantas melalui fungsi automasi penuh (fully automated) dan separa-auto (semi-automated).
Aplikasi ini direka dengan mengambil kira antaramuka pengguna yang mesra tablet, ringan, dan mudah dikendalikan oleh semua lapisan umur. Pensel EMIS juga optimis terhadap kelajuan server dan tidak akan mengganggu sebarang proses kemaskini yang sedang berjalan.
Bagi faktor keselamatan, Butang Kecemasan (kekunci ESC) diwujudkan untuk menghentikan fungsi extension serta-merta sekiranya portal mengalami sebarang masalah yang tidak dijangka. Aplikasi ini tidak pernah mengubah atau merosakkan data asal—ia hanya bertindak sebagai pemacu simpanan pantas untuk pengurusan kemaskini bulanan anda.
Cara Penggunaan Modul:
Modul Peralatan (Fully Automated):
1. Tukar kepada Mod Peralatan.
2. Klik Mula.
3. Biarkan Extension menjalankan proses simpanan semua peralatan secara automatik sehingga selesai.
Modul Infrastruktur (Separa-Auto):
Tukar kepada Mod Infrastruktur.
2. Klik Mula.
3. Klik ikon pensel pada bahagian yang perlu disimpan.
4. Extension akan membuat simpanan bahagian berkenaan dan akan kembali ke senarai infrastruktur.
5. Ulang proses klik ikon pensel bahagian seterusnya pula.
💳 Langganan & Harga:
RM30 / Tahun (Langganan Tahunan — anda boleh membatalkan langganan pada bila-bila masa sekiranya tidak mahu menggunakannya lagi).